Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ejen kosmetik diculik ke Thailand berjaya diselamatkan – Ketua Polis Negara

  


Ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang dilaporkan diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Tumpat pada 13 Septemebr lalu berjaya diselamatkan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 36 tahun berjaya dijejaki hasil bantuan antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata, kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan di Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“Dalam kes ini juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook PDRM.

Sementara itu, Acryl Sani juga menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan kedutaan Malaysia di negara tersebut atas kerjasama dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Sebelum ini, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 51 saat yang memaparkan mangsa dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Memetik laporan berita, suami mangsa yang sudah ditahan polis selepas kejadian dipercayai mempunyai perselisihan di antara ahli sindiket dadah.

Sumber: Facebook PDRM