Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Saya mengaku..” Hujung Piisau Terkena Pada Saluran Daarah Punca Adik Meninggal Dunia

 


ISKANDAR PUTERI – Seorang pelajar lelaki maut setelah dibaling dengan sebilah pisau oleh kakaknya dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di kawasan Ulu Pulai, Ulu Choh, dekat sini petang semalam.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa berusia 16 tahun itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Suspek telah ditangkap dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahmat, mangsa disahkan mati pada pukul 2.30 petang.

Katanya, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Remaja berusia 18 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Gelang Patah itu dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi.

Remaja itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.

Difahamkan ahli keluarganya sibuk berurusan di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mangsa.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iskandar Puteri: Punca kematian remaja lelaki berusia 16 tahun yang terkena pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini, semalam, disahkan akibat pendarahan yang banyak pada saluran darah utama.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, perkara itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendarahan berlaku akibat hujung pisau pemotong sayur dibaling kakak mangsa terkena pada arteri di bahagian kanan leher mangsa.

“Sebab kematian mangsa adalah kerana satu tusukan pisau dan hujung pisau itu terkena pada saluran darah utama (arteri) menyebabkan pendarahan yang banyak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

Rahmat berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sejurus insiden berkenaan dan pisau pemotong sayur itu sudah dirampas.

Katanya, tiada kecederaan lain ditemui pada mangsa.

Hari ini, kakak mangsa yang berusia 18 tahun ditahan reman enam hari bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rahmat dilaporkan berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik dan ibu mangsa mendakwa mangsa bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

“Kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah,” katanya semalam.

Sumber HM