Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Anita Baharom kembali bergelar isteri, pilih duda anak lapan sebagai suami


Anita Baharom kembali bergelar isteri, pilih duda anak lapan sebagai suami

Pelakon Anita Baharom selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Isyamuddin Tuan Losin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pagi tadi.

Memetik laporan Astro Gempak, pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.

Tampil mengenakan persalinan serba putih, majlis berkenaan dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat bagi kedua-dua pihak.

Turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Anita berkahwin dengan penerbit televisyen Mohd Ismadi Ismail pada 2006 namun suaminya meninggal dunia ketika tidur pada 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

Sementara itu, majlis ini adalah pernikahan kelima bagi Engku Isyamuddin yang mempunyai lapan orang anak hasil perkahwinan bersama bekas-bekas isteri.

Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle) , Instagram Anita Baharom & mStar