Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

‘Aurat terjaga elok..’ – Guru Pasti antara tiga maut terkena renjatan elektrik

 


TUMPAT – Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

 

Mangsa banjir di Kelantan kini 9,214 orang

Sementara itu, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 9,214 orang pagi ini.

Angka itu melibatkan 2,724 keluarga yang ditempatkan di 82 PPS seluruh negeri.

Jajahan yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas yang melibatkan 3,486 mangsa diikuti Tanah Merah (1,327), Pasir Puteh (1,070), Kuala Krai (832), Machang (814), Kota Bharu (807), Bachok (448), Tumpat (223) dan Jeli (207).

Dalam perkembangan lain, enam sungai di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Jambatan Melor, Bachok, Sungai Lebir (Kuala Krai), Sungai Golok (Pasir Mas), Sungai Golok dan Jenok (Tanah Merah) dan Kuala Jambu (Tumpat).

Keadaan cuaca di negeri ini masih hujan sejak Ahad.