Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Dari Seorang Rockers Menjadi Pendakwah.. Alfatehah Buat Ustaz..Pemergian Ustaz Radzi Mudah, Tenang

 


Dari Seorang Rockers Menjadi Pendakwah.. Alfatehah Buat Ustaz..Pemergian Ustaz Radzi Mudah, Tenang

PEMERGIAN Allahyarham Ustaz Radzi atau Mohd Radzi Abdul Hamid, 55, vokalis kumpulan rock Melissa yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ dianggap kehilangan besar kepada dunia dakwah dan seni tanah air. Bekas penyanyi kumpulan Kool, Zack atau nama sebenarnya, Zulkifli Mohamad, 52, berkata Ustaz Radzi yang dikenalinya sejak 2006 adalah lelaki yang berilmu, peramah dan mudah didekati.

Jenazah Ustaz Radzi (Melissa) akan dikebumikan di Jitra Kedah - Hiburan | mStar

Katanya, sebelum kejadian beliau bersama Allahyarham berada di belakang pentas di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur dan sepatutnya Ustaz Radzi menyampaikan tazkirah selepas menyanyikan lagu pertamanya. “Sepatutnya selepas lagu pertama, Ustaz Radzi menyampaikan tazkirah selama lima minit sebelum menyanyikan lagu kedua iaitu lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ yang diubah kepada ‘Cinta Untuk Nabi Lah’.

“Selepas dia jatuh, saya cuba memberi bantuan awal kecem4san, manakala rakan lain mengajar beliau mengucap dan menyebut nama Allah. “Apa yang dapat saya katakan, pemergiannya sangat mudah dan tenang, keadaannya seperti tidur,” katanya ketika ditemui selepas majlis peng3bumian Ustaz Radzi di Kampung Kemunting, Jitra, malam itu.

Zulkifli yang mewakili Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap semua pihak reda dengan apa yang berlaku.

“Ustaz Radzi sangat bersemangat ketika sesi bergambar bersama rakan ahli kumpulan Melissa sebelum menaiki pentas, semasa ceramahnya sehari sebelum itupun dia lain daripada yang lain.

“Ceramahnya bertenaga, padat dan luar biasa…tak sangka itu petanda Allahyarham akan meninggalkan kita,” katanya.

Sumber: majalah harian