Ibu meninggal dunia selepas dua minggu koma akibat komplikasi bersalin
KOTA BHARU – Seorang wanita yang juga ibu kepada dua cahaya mata meninggal dunia selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin.
Mangsa, Siti Nurfatma Daud,34, dimasukan ke di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada pertengahan November lalu selepas melahirkan anak ketiganya namun anaknya itu turut meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selepas dua minggu menerima rawatan di hospital, Fatma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi, 27 November yang lalu.
Allahyarham meninggalkan suami, Asri Nawani bersama dua anak yang masih kecil, Habib dan Hafiya.
Sementara itu, ramai yang mencemburui pemergian arwah selain menyifatkannya sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Salah seorang sahabat arwah berkata, wajah arwah juga didapati dalam keadaan berseri-seri dan tersenyum.
“Arwah pergi dengan senyuman yang penuh barakah. Kali pertama di depan mata ku lihat jenazah tersenyum manis sekali. Allahuarabbi. Pengakhiran hidupmu husnul khatimah. Aku cemburu,” ujar Aline Rrahim.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Kurniakan kepadanya syurgaMu ya Allah,” ujar Wan Nor ZaiHasra.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Masjid Banggol, Kota Bharu untuk disolatkan sebelum dikebumikan di sana.
Al-Fatihah..