Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Minta Kereta..duitlah, maruah takde sbb duit..” Puteri Sarah semakin berani b0ngkar satu persatu

 


“Minta Kereta..duitlah, maruah takde sbb duit..” Puteri Sarah semakin berani b0ngkar satu persatu

Banyak pendedahan yang dibuat oleh pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana berhubung kemelut rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof di Instagram menjadi tanda tanya netizen.

Mana tidaknya, dia dilihat semakin berani apabila meminta orang ramai bertanya sendiri kepada Syamsul berkenaan hubungannya dengan seorang wanita yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar.

Siapa yang kerja, siapa yang meminta? Dalam pada itu, dia juga sempat memnjawab tuduhan netizen yang mengatakan dirinya menghabiskan duit suami apabila kerap keluar negara dan membeli barangan mewah.

Akan berangkat ke Tokyo. Namun, disebabkan enggan terus meratap nasib, pelakon drama Suri Hati itu dilihat terus gigih bekerja dan kerap berkongsi aktiviti hariannya termasuklah pergi bercuti bagi menggembirakan hati.

Menerusi perkongsian terbaru Puteri Sarah di Insta Story, dia dijangka akan terbang ke Jepun untuk menikmati cuti hujung tahun. Ujarnya, sememangnya bekerja keras agar dapat menikmati hasil usahanya sendiri.

Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu turut memberikan sindiran pedas kepada ‘pihak di sana’ yang tidak bekerja dan hanya tahu meminta bermacam-macam termasuklah kereta kepada suaminya.

“Pergi holiday pun guna duit sendiri. Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takde kerana duit” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon itu memuat naik satu tangkapan layar mesej yang diterima oleh seseorang yang mengatakan Syamsul Yusof dan Ira Kazar sudah berkahwin.

Namun, Puteri Sarah meminta agar orang ramai bertanyakan sendiri perkara tersebut kepada Syamsul kerana dia sama sekali tidak tahu dan tidak kisah dengan apa yang berlaku antara suaminya dan pihak ketiga.

Sumber : ohmymedia