Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat, Rawat Guna Air Telaga Nabi di Madinah Pada Awal Bulan September Selama Empat Hari

 


Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat, Rawat Guna Air Telaga Nabi di Madinah Pada Awal Bulan September Selama Empat Hari

Dakwa dirinya dirawat menggunakan air telaga nabi, wajah penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias kini dipercayai sudah kembali sihat seperti sediakala, lapor Awani.

Mohd Kazim atau dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata perubahan itu kemungkinan disebabkan oleh raw4tan alternatif yang dijalaninya di Madinah pada awal bulan September selama empat hari.

Katanya, beliau mendapatkan raw4tan di dua tempat di Madinah dan difahamkan, kedua-dua ikhtiar tersebut menggunakan air telaga nabi.

“Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdar4h…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah.

“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba,” katanya menerangkan keadaannya.

Beliau turut memanjatkan rasa syukur kerana hasil raw4tan di Madinah itu membuatkan kulitnya bertambah sihat dan tidak perlu memakai krim untuk menahan luka.

“Apabila saya buat raw4tan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai sekarang November, syukur banyak-banyak, tak perlu lagi nak pakai krim dan sebagainya untuk menahan luka,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui wartawan dalam sidang media di Kompleks Darul Barakah, Manjoi, Ipoh hari ini.

Ketika belum mendapatkan rawatan sebelum ini, penampilannya menarik perhatian ramai apabila sebahagian wajahnya ditutup dipercayai bagi mengelakkan terkena cahaya matahari.

Tindakan sedemikian yang dilakuan apabila menghadiri beberapa majlis ilmu adalah dipercayai dibuat atas nasihat doktor, memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.

Susulan itu, beberapa tawaran daripada d0ktor pakar dari England, India dan Madinah juga turut pernah diterimanya bagi mengubati peny4kit tersebut.

Sumber: Awani via siakapkeli via newsbcs