Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka (Sektor Pendidikan Islam) m4ut selepas kenderaan dipandu merempuh sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah

 


MELAKA – Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka (Sektor Pendidikan Islam) m4ut selepas kenderaan dipandu merempuh sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin dekat Paya Dalam di sini, semalam.


Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Md. Razif Shahid, 54, meninggal dun!a di lokasi tersebut akibat parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Jasin.


“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabatnya di Bukit Baru di sini. Setiba di lokasi kejadian kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok.

“Mangsa disahkan meninggal dun!a di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.


Pemeriksaan di lokasi mendapati ketika kejadian cuaca baik. M4yat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Mangsa yang meninggalkan seorang balu dan lima anak berusia 25 hingga 36 tahun. Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sebatu, petang ini. – KOSMO! ONLINE